Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

EDSelamat datang ke Laman Web rasmi Pahang Skills Development Centre  ( Pahang Skills ) yang kini berwajah baru selaras dengan proses penjenamaan semula daripada nama asalnya, PSDC mulai Februari, 2015. Penjenamaan semula sebagai Pahang Skills adalah perlu untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat dari segi nama PSDC yang mempunyai persamaan dengan beberapa entiti lain samada di kalangan Pusat Latihan Negeri-Negeri mahupun entity dalam Negeri Pahang sendiri.

Pahang Skills adalah insititusi latihan dan pendidikan Kerajaan yang menyediakan program latihan berteraskan kemahiran secara jangka panjang dan jangka pendek. Sejak penubuhannya pada tahun 1994, Pahang Skills telah berjaya melatih seramai 50,564 orang di pelbagai peringkat. Semua info Pahang Skills dapat diakses melalui Laman Web ini yang bersifat mesra pengguna. Selain maklumat program untuk lepasan SPM, lepasan graduan dan pekerja-pekerja industri, Laman Web Pahang Skills turut menyediakan info untuk umum seperti maklumat prestasi akademik pelajar pada pautan E-Ibubapa, maklumat Tender dan Sebutharga untuk golongan kontraktor / peniaga dan pautan Peluang Pekerjaan yang terdapat di Pahang Skills untuk kumpulan pencari kerja. Maklumat peluang-peluang pekerjaan ini boleh juga di akses melalui facebook Pahang Skills di https://www.facebook.com/pahangskills.


Pahang Skills sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik dan adalah menjadi keutamaan Pahang Skills untuk memastikan kualiti pembelajaran dan kemahiran yang diperolehi di sini sentiasa setanding dengan keperluan industri. Dalam Laman Web ini, turut dinyatakan mengenai pentauliahan dan pengiktirafan yang diterima oleh Pahang Skills daripada pelbagai pihak seperti :

  1. Pusat Bertauliah (PB) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK );
  2. Pusat Bertauliah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ( PB – PPT ) oleh JPK;
  3. Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga ( ST ) bagi menjalankan Kursus Chargeman AO, Wireman PW2 dan PW4;
  4. Pusat Latihan Bertauliah ( Training Service Provider ) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB / HRDF );
  5. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ( IPTS ) berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjalankan Program Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA );
  6. Penyedia Latihan bagi Geran Small Medium Enterprise ( SME ) oleh SME Corporation yang diuruskan oleh PSMB
  7. Pusat Latihan Bertauliah bagi menjalankan Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan ( SHO ) oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP / DOSH );
  8. SIEMENS Authorised Training Centre (ATC) bagi Kawasan Pantai Timur.
  9. Pusat Latihan untuk “Train The Trainer of Malaysian Meister Mechatronic Programme” ( MMP dan
  10. Pusat Latihan bagi Kursus Pemantapan untuk Guru-Guru Kolej Vokasional Seluruh Malaysia bagi Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia – Pencapaian Penilaian Terdahulu ( PPT ) Tahap 4

Laman Web Pahang Skills turut memuatnaik berita-berita semasa mengenai pencapaian yang diraih oleh Pahang Skills seperti kejayaan memenangi The Asia HRD Awards 2016 bagi Kategori Contribution to HR Community baru-baru ini dan memenangi 1 Pingat Emas serta 2 Pingat Perak  di Fifth World Invention Creativity Contest 2016 ( WICC 2016 ) di Seoul , Korea Selatan bagi 3 produk inovasi iaitu  Automatic Turning Off Power Supply Completely  System ( AutoTopss ), Earthing Conductor Safety And Security Relay dan Android Home Appliances Control.

Saya berharap pelanggan Pahang Skills dapat memanfaatkan Laman Web ini dengan sebaik mungkin. Pahang Skills juga mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu untuk memantapkan lagi Laman Web ini untuk manfaat bersama.

Selamat melayari Laman Web Pahang Skills.


Khairur Rizal Bin Ramli,
AAP., AMP.,
Pengarah Eksekutif,
Pahang Skills Development Centre ( Pahang Skills )

Go to top