Antara perkara yang menjadi objektif dalam penubuhan Pahang Skills

  1. Menjalin hubungan yang rapat antara Kerajaan Negeri & Persekutuan dalam pembangunan Sumber Manusia bagi mencapai dan memenuhi Dasar Pembangunan Kebangsaan.
  2. Menyediakan dan mengekalkan organisasi dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan, keusahawanan dan pembangunan modal insan dalam pembangunan am serta peningkatan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor industri dan perkhidmatan.
  3. Memudahkan penggunaan sumber latihan yang berkesan dalam sektor industri dengan menyediakan program latihan pendidikan bagi menyokong keperluan operasi dan kemajuan teknologi.
  4. Meningkatkan tahap pendidikan tenaga kerja di sektor industri dalam penyediaan bagi mencapai kemahiran yang bersesuaian.
  5. Menyediakan latihan kemahiran bagi penyediaan tahap kerja yang kompeten di sektor industri.
  6. Meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja di sektor industri bagi persediaan kemajuan dan peningkatan teknologi dalam automasi kilang dan proses pengilangan.
Go to top